Tuesday, 11 December 2012

MESYUARAT PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH KULIM PADA 11/12/2012 (SELASA) DIDEWAN JKKP TAMAN SAGA, KELADI, KULIM

GAMBAR SEMASA MESYUARAT SEDANG BERLANGSUNG

ASALAMUALAIKUM, SYUKUR ALHAMDULILAH dan Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan penyelaras-penyelaras kawasan yang dapat menghadiri mesyuarat PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH KULIM pada tarikh 11/12/2012 (selasa) pada pukul 9:00 malam, mesyuarat dijalankan dengan jayanya dilokasi dewan jkkp taman saga keladi kulim.

Mesyuarat tersebut membincangkan 2 perkara iaitu penyelarasan pogram dan berbincang isu semasa. ada 2 pogram yang akan berlangsung iaitu:-


PERKARA 1

 (1.)MESYUARAT AGONG PERKASA DI KUALA LUMPUR   
 pada tarikh 15/12/2012,pada pukul 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari, didewan astaka, titiwangsa,kuala lumpur, yang dirasmikan oleh TANSRI OSMAN ZAKARIA.perwakilan dan pemerhati seramai 40 orang (1 buah bas) insyaallah akan menghadiri mesyuarat tersebut.

(2.)  POGRAM CERAMAH (BTN) PRU13 DIDEWAN TAMAN SAGA KELADI KULIM
Pada tarikh 23/12/2012,pada pukul 8:00 malam,dilokasi dewan taman saga, keladi, kulim. pogram tersebut menjemput semua AJK PERKASA KULIM,SEMUA PENYELARAS-PENYELARAS KAWASAN DAN SEMUA AHLI-AHLI PERKASA DAERAH KULIM

 PERKARA 2

ISU SEMASA
Isu-isu semasa yang dibincangkan didalam mesyuarat adalah mengenai perpecahan diantara kita semua (orang melayu) yang berpunca dari isu parti politik dan bagaimana kita untuk menyelesaikan masalah ini.    Isu berdoa untuk menjatuhkan orang melayu juga dibincangkan didalam mesyuarat dan apa tindakkan yang harus dibuat oleh semua AJK,PENYELARAS & SEMUA AHLI PERKASA DAERAH KULIM untuk membendung pekara ini dari berlarutan menjadi lebih dasyat lagi.

Tuesday, 28 August 2012

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH KULIM PADA 28/08/2012 (SELASA) DILOKASI DEWAN JKKP TAMAN SAGA KELADI KULIM


Alhamdulilah syukur kami kepada ALLAH diatas izinNYA kami dapat menjayakan majlis jamuan hari raya aidilfitri pada 28/08/2012 (SELASA) kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang menghadirkan diri kemajlis ini.


 
Ucapan aluan dari pengerusi majlis kepada jemputan khas dan semua hadirin

 
Bacaan doa selamat dan kesyukuran untuk majlis oleh bilal masjid kampung keladi

 
Ucapan dari Tuan Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Daerah Kulim

 
Ucapan Perasmian majlis oleh Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa Kedah


Tuesday, 21 August 2012

KUTIPAN SUMBANGAN UNTUK MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH KULIM


Asalamualaikum, kepada semua AJK dan ahli perkasa daerah kulim saya ingin mewarwarkan majlis jamuan hari raya aidilfitri tahun 2012 akan diadakan, bagi menyempurnakan majlis tersebut disini saya ingin memberitahu kepada semua AJK dan ahli perkasa daerah kulim kutipan sumbangan untuk majlis tersebut RM10 setiap seorang atau bagi yang ingin menyumbangkan lebih dari itu saya bagi pihak penyelenggara majlis mengucapakan ribuan terima kasih, kutipan telah pun berjalan dan sesiapa yang ingin menyumbang boleh hubungi :- PUAN NORLIA selaku (bendahari perkasa daerah kulim)

Friday, 20 July 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


Asalamualaikum, kepada semua ahli-ahli perkasa daerah kulim saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa,ibadah solat tarawih,ibadah zakat,dan ibadah-ibadah  yang disyariatkan oleh ALLAH S.W.T.

Sunday, 17 June 2012

MESYUARAT DIKAMPUNG BATU PUTEH 17/06/2012 (SABTU) DIRUMAH PENYELARAS KAWASAN BATU PUTEH SAUDARA AHMAD SUGIR


Selepas bacaan doa ucapan selamat datang kepada YDP Pak Tuan Said disempurnakan oleh pengacara majlis puan dermawati


Penduduk kampung yang hadir pada majlis mesyuarat DIKAMPUNG BATU PUTEH


Ucapan aluan dari tuan pengerusi,kupasan tentang pertubuhan dan halatuju perjuangan PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA DAERAH KULIM 


Ucapan dari YDP pak tuan said,beliau menegaskan tentang perjuangan persatuan  "kita boleh sertai mana-mana parti politik tetapi jangan menghambakan diri dengan mana-mana parti politik"  kepada semua ahli PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA. beliau juga menjelaskan kepada semua ahli pertubuhan ,parti politik yang mana memperjuangkan "alif"(agama islam) "ba" (bangsa melayu/bumiputra) & "tha" (tanah air malaysia) parti politik itulah kita akan memperjuang "alif","ba", & "tha"  bersama.

beliau juga menjelaskan tentang musuh-musuh(depa semua) yang cuba mangganggu gugat keamanan negara,diselangor telah berlaku sebilangan orang melayu  diselangor telah dimurtadkan oleh musuh-musuh(depa semua). di pulau pinang juga ada satu perkara terjadi kepada saudara sazali salah seorang bekas ahli parti (DAP) mengikuti satu perjumpaan seluruh persatuan ketua padri-padri kristian seluruh malaysia, diakhir persidangan tersebut padri-padri ini telah berdoa didalam bahasa inggeris dan diterjemah ke bahasa melayu berbunyi seperti ini "wahai tuhan kami memohon kepadamu suatu hari nanti di malaysia agama kristian akan menjadi agama rasmi,negara malaysia akan diperintah oleh perdana menteri yang beragama kristian"selepas kejadian itu sazali terus ambil keputusan keluar dari parti (DAP) dan mendedahkan kepada semua orang islam di malaysia.

YDP juga telah menerangkan tentang musuh-musuh perjuangan persatuan dan juga menjadi musuh negara iaitu:-

1.) musuh dari luar negara(orang yahudi) -membantu memberi dana untuk menjatuhkan agama islam didalam negara malaysia. negara-negara yang diperintah oleh yahudi sanggup memberi bantuan apa saja untuk menjatuhkan negara-negara islam daan umat islam.

2.)DAP- berusaha memurtadkan umat islam didalam negara malaysia dan berjuang memerintah malaysia dengan agama rasmi adalah agama kristian,hak-hak kepentingan raja-raja melayu dan kepentingan orang-orang melayu (bumiputra)akan dihapuskan,dasar ekonomi baru juga akan di mansohkan dan memasukan dasar ekonomi yahudi didalam negara malaysia,dan ketika itu malaysia disebut sebagai negara "republic of malaysian" jika diperintah oleh(PR) Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP

3.)ANUAR IBRAHIM & AMBIGA-mengunakan dana yang diberi oleh orang yahudi untuk menimbulkan  kekecohan kucar-kacir didalam negara.contohnya perhimpunan bersih yang dilakukan baru-baru ini telah menimbulkan huru-hara dan memberi kesan kepada negara kerana para pelabor asing menjadi takut untuk datang, umat islam malaysia tidak dapat pergi menunaikan haji ke makkah kerana malaysia telah dianggap negara yang memperjuangkan  bangsa yahudi.


'

Ucapan dari Zahran bin Dato Paduka Abdullah mengenai meminta membuat pindaan "40(1A) YANG DIPERTUAN AGONG harus mendengar nasihat perdana menteri" kerana takut terjadi sesuatu dihari mendatang "HILANG MELAYU,HILANGLAH ISLAM" memandangkan suasana politik malaysia yang tidak menentu pindaan harus dilakukan dengan seberapa segera


Saudara khairul memberi penerangan tentang perkembangan kes memorial park di karangan kulim,beliau telah dibicara ke mahkamah.
beliau juga menerangkan kepada hadirin "kenapa kelatan tidak maju" ini kerana terlalu ketaksuban ahli PAS kelantan dan bukan ahli menganggap parti PAS adalah AGAMA (PAS TELAH DIAGAMAKAN)
saudara khairul telah mengumumkan YB Aishah (ADUN PAS PADANG SERAI) telah selamat bernikah dengan drivernya.



Penyelaras kawasan Batu Puteh menyerahkan borang ahli PERSATUAN PRIBUMI PERKASA NEGARA DAERAH KULIM kepada YDP Pak Tuan Said. majlis diakhiri dengan jamuan makan pulut durian dirumah saudara Ahmad Sugir

Saturday, 16 June 2012

MESYUARAT 16/06/2012 SABTU DIRESTORAN NURHAN KELADI







KELADI KULIM- 16/06/2012 (sabtu) mesyuarat PRIBUMI PERKASA NEGARA DAERAH KULIM diadakan di restoran nurhaan keladi kulim,pukul 5.00 petang, tujuan utama mesyuarat diadakan adalah membincangkan tentang:-

 1.)menentukan tugasan ahli jawatan kuasa penyelaras 19 kawasan disekitar kulim,setiap penyelaras kawasan bertanggungjawap menjalankan 2 tugasan:-( a)membuat penambahan ahli 1 kawasan taget 100 orang ahli disetiap kawasan. ( b.) memberi maklumat kepada ahli tentang apa itu PERKASA & pogram yang akan dijalankan oleh PERKASAdiperingkat DAERAH,NEGERI DAN NEGARA
.

2.)membincangkaan tentang kedudukan kewangan dalam akaun yang lampau, PADA 1 JULAI 2012 PENYATA AKAUN YANG LAMPAU AKAN DISERAH.


3.)jamuan hari raya aidilfitri untuk peringkat AJK & PENYELARAS.


4.)kutipan dana bagi tabung PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH KULIM, rm5.00 sebulam untuk AJK DAN PENYELARAS KAWASAN SAHAJA. 1/JULAI/2012 akan bermula kutipan dibuat.


5.) MESYUARAT pada 23/06/2012 dilokasi DEWAN SRS TAMAN KENARI( DITUNDA PADA 01/07/2012(AHAD) 9.00 MALAM) HARAP MAKLUM.......



KEPADA AJK/PENYELARAS KAWASAN YANG MEMBACA BLOG INI TOLONG PANJANG-PANJANGKAN.....

Tuesday, 12 June 2012

EN.SAMAT MEWAKILI SEMUA AHLI PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH KULIM MEMBUAT LAPORAN POLIS TENTANG KES DATO MURAD DAN DSAI


 EN.SAMAD sebagai ( NAIB PENGERUSI ) PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH KULIM hari ini 12/JUN/2012 pukul 5:00 petang, telah mewakili semua ahli pertubuhan melaporkan kepada pihak polis di IPD KULIM mengenai mendesak satu suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat semula DATO MURAD,dimana wujudnya 20 AKAUN individu yang dikawal oleh DSAI (DATO SERI ANUAR IBRAHIM) membabitkan aset SAHAM, wang melebihi RM 3.0 BILION berdasarkan akaun bersumpah yangdibuat olehnya,

Mendesak AG membuka semula kertas siasatan yang kini telah menjangkau 4 TAHUN sejak 2009, medesak LHDN tampil membuat kenyataan daripada mana datangnya sumber kewangan yang begitu banyak dan kemana hilangnya wang tersebut,

Mendesak SPRM menyiasat PENYELEWENGAN ini dan mendesak DSAI DILEBELKAN SEBAGAI "BAPAK RASUAH"






Thursday, 7 June 2012

LAWATAN PERSATUAN PRIBUMI PERKASA NEGARA DAERAH KULIM KE GUAR LOBAK PADA 09/06/2012 DAN KAMPUNG BATU PUTEH PADA 17/06/2012



PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA DAERAH KULIM




KAMI akan membuat lawatan ke GUAR LOBAK dan KAMPUNG BATU PUTEH, lawatan tersebut untuk memberi maklumat tentang tujuan penubuhan PERSATUAN PRIBUMI PERKASA NEGARA, banyak pihak telah tersalah anggap tentang latar belakang penubuhan PERSATUAN PRIBUMI PERKASA NEGARA hingga ada sesetengah pihak yang beranggapan PERSATUAN PRIBUMI PERKASA adalah dianggotai ahli UMNO sahaja,tanggapan itu adalah SALAH...!!!

 Kami sebagai ahli PERSATUAN PRIBUMI PERKASA NEGARA DAERAH KULIM merasa amat terkilan dengan tanggapan sebilangan pihak mengatakan kami berjuang atas landasan UMNO, Sebagai satu badan (NGO) sukarelawan dan sukarelawati kami berharap kepada pihak-pihak yang telah menconteng arang kepada PERSATUAN PRIBUMI PERKASA NEGARA tolong hentikanlah niat buruk serta tomahan anda terhadap kami dan selidiki dalam-dalam dulu sebelom mengata dan menabur fitnah.



Tuesday, 5 June 2012

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA BUKAN PRO MANA-MANA PARTI POLITIK



PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA bukan pro mana-mana parti politik, PERTUBUHAN ini adalah sebuah badan (NGO) yang menjalankan tugas secara sukarela demi memartabatkan hak-hak kepentingan didalam PERLEMBAGAAN 152, 153 memperkasa hak-hak kepenting AGAMA ISLAM,memelihara hak-hak kepentingan RAJA-RAJA MELAYU dan memelihara hak-hak kepentingan BUMIPUTRA didalam negara MALAYSIA.

BANTAHAN PROJEK PERKUBURAN SWASTA DI KARANGAN



KARANGAN- 05/06/2012 (SELASA) PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA DAERAH KULIM telah membuat bantahan projek perkuburan swasta di karangan kulim,pada pukul 10:00 pagi jentera-jentera telah pergi ke pejabat tanah kulim untuk bertemu dengan pegawai daerah kulim,untuk bertanya tentang siapa yang memberi kebenaran pindah milik tanah,tetapi jentera-jentera PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA DAERAH KULIM tidak dilayan dan dimaklumkan bahawa pegawai pejabat tanah lesap entah kemana.....

Dan dimaklumkan juga tanah hutan simpan gunung bongsu juga diceroboh, pokok-pokok kayu hutan ditebang sesuka hati untuk membuat laluan jalan masuk ke tanah perkuburan tersebut(PIHAK PERHILITAN HUTAN) perlu menjalankan siasatan tentang perkara ini.....

APA SEMUA NI.......!!!!  SEBELOM KAMI SEMUA NAIK MINYAK  HAMPA  TOLONG HENTIKAN KERJA GILA NI  DENGAN SEGERA...!!!!!

BAJU KOPRAT WARNA PUTIH




HARGA SEHELAI BAJU KOPRAT WARNA PUTIH :-

LELAKI LENGAN PENDEK : RM 60

PEREMPUAN LENGAN PANJANG: RM70

Untuk tempahan sila hubungi PUAN NORLIA :-019-516 5508

BAJU T-SHIRT PERKASA



ADA 2 WARNA PILIHAN HARGA : RM30

Untuk tempahan sila hubungi PUAN NORLIA : 019- 516 5508

BAJU KOPRAT PERKASA DAERAH KULIM



HARGA BAJU KOPRAT PERKASA KULIM:

LELAKI LENGAN PENDEK: RM 65.

PEREMPUAN LENGAN PANJANG: RM 70.

Kepada ahli-ahli yang ingin membeli baju koprat boleh berhubung dengan PUAN NORLIA:- 019-516 5508

Monday, 4 June 2012

MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA, DAERAH KULIM PADA 29/05/2012


KULIM-Mesyuarat PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA, DAERAH KULIM pada 29/05/2012 hari selasa,mesyuarat tersebut diadakan didewan taman saga keladi kulim,didalam mesyuarat tersebut telah melakukan rombakkan semula Ahli Jawatan Kuasa yang lama dan melantik Ahli Jawatan Kuasa baru untuk meningkatkan lagi semangat jentera-jentera didalam PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA, DAERAH KULIM,

Dengan penyelarasan AJK yang telah dibuat didalam mesyuarat tersebut diharap setiap AJK dapat melaksanakan tugas-tugas yang diberikan dengan baik. Insyaallah......